Assalamualaikum...
Hari ni rasa nk coret sesuatu..mungkin sebagai kenangan buat aku. Atau mungkin juga untuk rujukan mereka di luar sana..
Hari ni 1st appointment dengan doc o&g kt kpj pasir gudang. Kenapa aku pilih kpj, sebab aku tak tau macam mana nk pergi gov besides HR exec aku bekas marketing kpj. So aku mintak tolong dia risik-risikan dan buat appointment.
Doc sangat ok.. he asked us start the story..bergelak laki bini story ape..nasib la aku ni memang terre bab cakap..so aku explain kt dia yang kitaorang dh 3 tahun kawen, pernah gugur sekali and tak pernah lekat lepas tu. Then dia explain ada 3 main benda yang akan di check.. 1 sperm, 2 tiub fallopio, 3 cysts.
Then dia tnya period cycle dan sememangnya period cycle aku sangat la x elok beberapa bulan ni sampai doc pun confius..why last year ok but this year sangat ting tong..kemudian dia beberapa soalan keluar dr mulut doc.
Based on cerita kitaorang n bmi aku yang normal,doc ckp should be no problem. Tp dia akan check dengan lebih lg..dan paling gelak laki aku la..as per expected..doc soh check sperm..perkara yang dia sangat malas nk buat sebenarnya..sebab tu dia takut jumpa o&g dan selalu positif dan berkata we ok sb pernah lekat dulu. Doc bg botol and he explained 3 hari "bersih", keluarkan dan semuanya kena masuk dalam container dia bg,dalam masa 45 minit kena hantar ke hospital. Puh..nasib baik la rumah aku dengan kpj tak sampai 2km je..
Untuk aku doc suggest buat hsg. Doc siap tanya aku ada google tak pasal ni dan aku cepat2 cakap ada..sakit. huhu.. Doc kata ada yg sakit..tapi dia explain kat aku how the procedure. Tapi muke dia mengharap aku buat.. hahaha...dan pada aku takkan la dah buat appointment tp terhenti disitu je so aku pun agreed.. doc cakap since aku baru habis period.. this week is the best utk aku buat..what!! Hahaha.. dia suggest sama ada esok or lusa. Oleh sebab khamis aku ada hal so aku cakap la jumaat.
So tunggu la jumaat ok ke tak..owh..btw doc scan jugak nk tgk ada cysts ke x..alhamdulillah dia scan ok..siap tunjuk..ni ovari..dimension ok..ni yang hitam pundi kencing..oooooo
Cas utk consultation dan scan rm132.70 termasuk gst..tak tau nak kata murah ke mahal sebab aku malas nk kira-kira sangat untuk hal ni..as long kitaorang masih mampu nk bayar...
Aku akan share next bila siap hsg dan result sekali nanti...hopefully semuanya ok and smooth...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 orang tukang karut:
Post a Comment