Thursday, August 30, 2007

merdeka..merdeka



"tanggal 31..bulan lapan lima puluh tujuh..merdeka..merdeka..tetap la merdeka..ia pasti menjadi sejarah..."

bait lagu merdeka dendangan allahyarham Sudirman..maseh lagi segar dalam ingatan setiap orang..orang yg bukan orang je yang x tau lagu tuh..31 Ogos 1957..tarikh pengistiharaan merdeka oleh Tunku Abdul Rahman..masa tuh aku pun belum lahir lagi..abah lak baru umur 8 tahun..mak 6 tahun..mereka pun masih kecik..masih tidak mengerti apa itu kemerdekaan.. yang pentingnya..tarikh tuh..tarikh keramat..negara kita lepas dari genggaman penjajah..

2007..setelah 50 tahun negara kita mencapai kemerdekaan, negara semakin maju..semakin ramai graduan yg terlahir.. semakin banyak bangunan2 tinggi mencakar langit..semakin maju teknologi..sampaikan kekadang x terkejar oleh kita..dan semestinya semakin mencabar la liku2 hidup kita...dan pastinya..ingat diri kita hanya menumpang di bumi milik-Nya..jaga tingkah laku..jaga peribadi..

bagi aku..tahun nih agak bersemangat..hehe...semangat tgk kampung2 disekitar parit raja berlumba2 memasang bendera..menceriakan dan menaikkan semangat patriotisma.. seronok melihat banyak kenderaan pasang bendera.. x terkecuali UTHM yang menyediakan bendera untuk kenderaan pelajar dan staffnya..aku xde kenderaan..tumpang je la kenderaan kak pah..hehe.. rumah jugak x terkecuali..tiap kali merdeka..mereka akan pacak bendera..berkibar megah..hehe..rumah sewa aku x pacak bendera..dengan menggunakan bendera Malaysia yang telah diperolehi banyak gile masa parogram GEGAR U hari tuh, kami gunakan kreativiti sendiri memasang bendera kat rumah..



semangat kan..lagi semangat bila korang semua tau..aku la yg gantung bendera tuh..sampai terpaksa naik atas bumbung kete..hehe..
ape2 pun..SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN YANG KE 50...semoga Malaysia terus aman makmur hendaknya...amin..

0 orang tukang karut:

 

Blog Template by BloggerCandy.com