Monday, December 31, 2007

PTS dan IQ test

Masa aku hari pertama aku mendaftar masuk ke KUiTTHO aku ditegur oleh seorang akak senior yang menguruskan butir diri aku.. “ wah..umur 18 dah sambung ijazah”. Sem lepas masa tunggu masuk ke dewan exam, ada orang tegur aku dengan nada gurauan “macam ni ke umur 21?” Yg silap wish birthday tuh jgn kata la..tiap2 tahun perkara sama akan berlaku..Semalam ada seorang budak lepasan upsr bertanya kepadaku “ kenapa kak in abes sekolah umur 16?”..haiii..sesuatu yang sukar dijelaskan kerana dia tidak dapat mengalami situasi aku..mereka-mereka juga ada yang masih tidak faham.

Zaman sekarang x silap aku dah xde sapa lepasan spm yang terus sambung ijazah. Kalau nk sambung ijazah ada 3 laluan, sama ada matrikulasi/program asasi, diploma, ataupun tingkatan 6. Jadi sangatlah mustahil sekiranya aku habis spm terus dapat sambung ijazah. Tuh yang sesetengah orang ternganga..huis.. untuk menjelaskan kekeliruan itu, meh aku terangkan..

PTS..penilaian tahap satu. Aku pun kurang pasti apakah maksud tersiratnya..wakaka.. mungkin ada yang pernah dengar dan ada yang tidak mengetahuinya. Ianya adalah satu peperiksaan dimana pelajar darjah 3 yang berkebolehan terus masuk kedarjah 5 tanpa perlu melalui darjah 4. Sangat menarik dengar sebab sepatutnya 6 tahun kita habiskan masa kt sekolah rendah skung dh jadik 5 tahun je. Aku x tertarik pun masa tuh sebab masa tuh kecik lagik. Mane la tau hal2 mcm nih. Masa tuh tahun aku adalah tahun pertama peperiksaan ini dijalankan. Masa tuh semua pelajar wajib duduki exam tuh.

Soalannya cukup simple. Xde kaitan dengan pelajaran langsung. Semuanya menggunakan kaedah taakulan (wah macam detektif pulak). Senang cite IQ test. Dia bagi berapa soalan ntah semuanya bulatkan pada jawapan yang betul. Soalan yang aku igt sampai sekarang dia bg gambarajah.. antara 4 gambarajah gear tuh yang manakah bolah bergerak bila dicantumkan. Tak pun soalan..apakah nombor yang akan muncul kemudian.. 4,12,20,28.. a.32 b. 34 c. 36 d. 40. Senang bukan. Sekarang mmg senang. Tapi masa darjah 3 mungkin itu soalan yang sukar. Jadiknya dengan mengambil kira pelajaran darjah 4 yang lebih kurang berkait dengan darjah 5 baik pelajar terbabit x payah ambil darjah 4. Dan Alhamdulillah aku antara batch pertama melepasi exam yg ntah ape kebenda tuh.. sebab tuh la aku habis sekolah pada umur 16 tahun. Program matrikulasi pada usia 17 tahun dan sambung degree umur 18 tahun.

Adakala aku rasa rugi x dapat belajar bersama kawan2 yang aku kenal sejak kecik. Terpaksa aku cari kawan semula tapi bila fikir2kan ada baiknya juga kerana aku dapat kawan dengan mereka yang setahun lebih tua dari aku. Sekurang2nya aku ada ramai kawan. Jugak dpt jmatkan umur.

Sayangnya PTS tu hanya bertahan beberapa tahun je. Sebabnya kebanyakkan pelajar yang berjaya dalam exam tuh tidak la sehandal mana (ayat tuh ditujukan kt aku la tuh..terase beb..muahaha). ada jugak pelajar yg x lepas exam tuh berkali2 gandal lebih berjaya dr aku yg lepas exam tuh..wahaha.. ape2 pun sekurang2nya aku bersyukur sebab dapat merasai bagaimana abes sekolah awal.. mungkin sebab exam tuh banyak mengasah kepala otak aku nih jadik lebih peka.. (mybe sebab tuh aku minat kindaichi ngan Q kot). Aku rasa aku patut tuka bidang jadik detective la..macam hajime kindaichi (gelak sengalll).haha..lelebih pulak.oke bawah nih ade satu IQ test.sonang je..sape rase nk cuba2 la.soalan yg pernah dikemukakan oleh lecturer masa aku sem 3. Semua nganga masa aku tunjukkan cara nk selesaikannya termasuklah lecturer itu sendiri..(ceh padahal soalan nih sejak sekolah rendah aku dh tau jawapannya tapi sape ntah bg jawapan aku pun dh lupe..haha ).langkah dia senang je..cuba buat bentuk dibawah nih tanpa mengangkt pensel.. hintnya gunakan kreativiti. Sapa dah tau korang handal.. sapa x tau jawapan bole la tnya aku ye.. selamat mencube ^_*

0 orang tukang karut:

 

Blog Template by BloggerCandy.com