Friday, January 29, 2010

-_-"

Minggu nih terlalu banyak ujian dari Dia..aku cuba kuatkan hati namun semakin kuat hati aku, semakin keras hati aku, aku x mampu hadapi dugaan-Nya.2 orang yg selalu memberikan aku nasihat, kuatkan hati..tp kekadang aku tewas..kalau bleh aku mahukan mereka, pelok mereka, luahkan ape yg terbuku dlm hati aku.tp yg pastinya mereka tiada.. tinggal aku seorang dengan suara-suara halus yg selalu menguji kekuatan aku..

Aku cuba lupakan segala yg pernah terjadi..makin kuat aku larikan diri dr semua tuh makin byk benda disekeliling aku yg mengingatkan aku tentang kisah itu. Tak payah kata la..hari-hari. Hari-hari aku akan lalu laluan yg sama ketempat keje. Terpacak sebuah kilang yg megah berdiri. Melihat mereka2 ke tmpt keje. Pelbagai wajah. Pelbagai rupa. Yang pastinya kilang. Ramai perempuan.perempuan2 cantik. Yela duduk keje dalam ekon..x macam aku..berpanas.. berhabuk. baju keje aku sendiri pun dh menampakkan betapa sebenarnya perempuan tidak elok kerja disitu.aku pernah keje dikilang. Faham sangat keadaan kilang yg majoritinya perempuan sebagai operator. Dan menjadi kebiasaan. Perempuan akan melihat golongan minority. Golongan minority ini boleh pilih golongan majority..yela..mereka kan sikit. Sejak dulu tiap kali melalui tempat itu..fikiran aku sentiasa melayang2. Mengingatkan dia yg jauh. Tempat keje yg lebih kurang sama dgn tempat yg aku selalu lalu. Persekitaran yg lebih kurang sama. Bolehkah aku hadapi semua nih? Bolehkah aku percayakan dia? Setiap kali doaku pada-Nya mesti terselit sesuatu buat dia.

Setahun dia disana. Bermacam ragam manusia dia lihat. Aku masih setia menanti dia sini.tak pernah dlm hati aku melupakn dia walaupun dia jauh.tp....

Aku cuba lupakan segala yg pernah terjadi. Tp keadaan sekeliling aku sering mengingatkan aku pada dia. Hari nih aku cuba lalu laluan lain pulang dari tempat kerja..bawak diri kemana saja tayar moto aku bergerak. Berharap jangan la aku sampai tergerak hati tetibe terus balik ke kampong.menangis sepanjang perjalanan. Aku pasrah..tiba dipersimpangan terlihat kelibat org memakai seragam tempt keje itu..perempuan…Ya Allah..kemana saja aku pergi Kau masih mahu menguji aku.sekarang aku sangat fobia dengan perempuan dan pakaian seragam kilang. Aku cuba bandingkan aku dan perempuan itu. Aku yg kotor dan dia yg kemas. Tertitis jugak air mata ni.

Ya ALLAH sampai bilakah Kau mahu menguji aku.kenapa Kau jadikkan aku sebagai seorang yg terlampau setia..:sorry:



2 orang tukang karut:

mie said...

wah!!!!
meluahkan perasaan....
xpe la, gue jauh...
xyah la peluk2....
hahahaaaa

Hajar said...

heh, mana leh peluk2 ngn org kata atas neh. haram! :p

betul la tuh, kuatkan ati. cuba jangan pk hal2 yang mengusutkan tuh.

lagi 1 klu boleh xyah pandang dah barang2 pemberian dia tuh. simpan, letak kat kampung. soh mak sorokkan atas para. :)

 

Blog Template by BloggerCandy.com