Saturday, January 24, 2015

urusan pinjaman perumahan

Assalamualaikum..
Oke! hari ni aku nak sambung cerita pasal loan rumah. 1st time buat pinjaman yang gile besar dengan bank membuatkan aku berfikir panjang dan kena tahu setiap term dan condition pihak bank.nasib baik la masa tu kilang aku shutdown. hari2 kerja mengoogle saje disamping bertanya pedapat rakan yang kerja dengan bank. Alhamdulillah serba sedikit diorg dapat membantu.

Disebabkan loan aku diproses penghujung tahun dimana awal tahun start 2 Jan 15, sistem pinjaman akan berubah dr BLR kepada BR, aku banyak study tentang ini.
BLR - base leading rate
BR - base rate
Kalau tanya aku apa yang aku paham BLR ng BR ni.honestly aku cakap aku pun x paham sangat..hahaha..yang aku paham adalah sepeti bawah ni




so xde beza la kan..disebabkan aku pun x berapa paham dan takde beza pun aku pasrah tunggu offer dari bank..
1st bank approve bank I tapi banyak cekadak plak main bank kt KL nuh..nak itu la..nk ini la..dan sebab masa dia process tu kilang aku shutdown, diorang nak evidence yang aku keje kampeni skrg..so bermacam la aku bg batch pekerja la, notis shutdown la, name card la..kire berusaha gak la budak Bank I ni buat nk bg percayakan kt main bank..Alhamdulillah lulus..tp lambat gak budak bank I ni..kata nk bg jawapan hr jumaat, 2 Jan 15, next week rabu aku call baru dia kata KL hold sebab dlm perbincangan either nk bg aku BLR atau BR. hari khamis, 8 Jan 15 baru tau loan lulus.. lulus2 je developer dah suruh aku sain.aku cakap ng laki aku soh ckp ng developer..sabooooo dulu
2nd bank, bank R. budak bank R ni bagus..siap kata kalau bank lain dah approve dlu jangan sain.. tunggu. dan yang aku x paham dia explain.
3rd bank, bank P.tp lambat sangat bank P approve.masa aku dh decide nak pilih bank mana baru dia bagitau..
bawah ni simple perbezaan yang aku dh buat




sebenarnya dikala aku pening mana 1 nak pilih berdasarkan panggilan telefon, aku setkan masa untuk jumpa kedua2 bank ni.dengar explanation diorang dan aku memang sangat berminat dengan budak bank R ni explain. senang cerita dia memang sangat memahami kehendak pelanggan. memahami apa yang aku perlu tahu dan dia terangkan satu per satu item yang ada dalam loan offer. siap bagi aku salinan loan offer untuk aku fikir2 dirumah..berbanding bank I memang tak menepati citarasa aku dengar explanation dia. rasa macam something items yang dia hiding. aku tak kesah kalau dia kata "polisi kita memang bagi begini, begitu ke"..ini xde..xde initiative untuk tanya aku berapa bank lain bg..ape kelebihan bank lain dan maybe boleh tlg fightkan untuk aku.. dan dia suruh aku tgk loan offer tu depan dia je dan x bg copy..x paham tanya.. hahaha.. ingat aku ni terre bab2 loan ni..

rasanya aku amek bank mana?hahaha..aku amek bank R.interest tinggi??memang actual interest tinggi, tapi budak R ni bila tau bank I ni bagi aku 4.45 interest, dia cuba usahakan aku dapatkan interest 4.45 gak. alhamudlillah dapat. beza 0.2 tau dia berjaya turunkan interest aku. bank I cuba nk bg aku 4.40 sebab aku ada loan kete ngan bank I tapi bank I x approve..xtau aku kenapa. rase kecewa pun ada.macam tak hargai aku yang bulan2 byr loan kete ngan bank I tapi bile buat pinjaman rumah bank I x boleh bg yang terbaik. bank P plak bile tau dua2 bank bagi aku 4.45% dia pun nk cuba mtk 4.40% kt bos dia..tapi masa dia bgtau others items yang related ngan loan aku cakap xpela..advantage lain dia kurang.

Hopefully aku buat keputusan yang tepat.. :D




0 orang tukang karut:

 

Blog Template by BloggerCandy.com