ramai pulak yang terliur tgk puding milo oreo yang aku buat.. jadiknya meh la aku syerkan bahan2 dan cara2 membuatnya..
bahan-bahannya
100 g serbuk agar-agar
3/4 cawan milo
150g gula
1 tin susu cair
750ml air
1 bungkus oreo(dipatah2kan)
cara-cara membuatnya:
1. campurkan serbuk agar-agar bersama air kacau sebati
2. kemudian masukkan gula, susu. kacau sehingga mendidih
3. bahagikan kepada dua bahagian1 bahagian dicampurkna dengan milo dan kacau, 1 bahagian dibiarkan berwarna putih susu.
4. bahagikan bahagian milo itu kepada 2 bahagian..masukan 1 bahagian kedalam acuan. tunggu sehingga keras sedikit (lebih baik letak dkt dengan kipas supaya cpt sikit kerasnya)
5. apabila bahagian milo sudah keras sedikit..tuangkan bahagian yang berwarna putih susu dan letakkan oreo yang telah dipatah-patahkan itu.
6. biarkan sehingga keras sedikit kemudia baru tuangkan baki bahagian milo.
tada...dah siap...
sepatutnya jadik la 3 layer..tapi sebab aku takut yang balance tuh pun mengeras...x la berape jadik layernya... tapi yang penting..sedap hokey...
selamat mencuba ^_^
0 orang tukang karut:
Post a Comment