Tuesday, December 25, 2007

kawen~~

Orang selalu kata.. ajal maut jodoh pertemuan semuanya ditangan Tuhan. Memang betul la tuh sebab itu semua kuasa-Nya. kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan segala-galanya.

Berbalik pada jodoh pertemuan, siapa sangka orang yang selalu aku sebut2.. tiap2 kali balik bercuti, bila agaknya beliau nk kawen ek? Sampai bila beliau akan mendambakan dirinya kepada anak2 dan cucu penduduk di air tawar 3 nih ek. Dan akhirnya persoalan itu terjawap setelah aku pulang untuk cuti semester kali ini. Kad jemputan berwarna hijau warna kesukaan beliau. Tertera namanya bersama pasangannya. Alhamdulillah akhirnya sampai jugak jodoh beliau.

Beliau.. cikgu sekolah rendah aku yang aku rasakan sejak aku darjah 1 beliau mula berkhidmat di sekolah rendah tuh sehingga la sekarang masih lagik disekolah rendah itu, Sekolah Kebangsaan Muzaffar Syah. Aku belum mengenali beliau sewaktu aku usia itu. Aku hanya kenal beliau sewaktu cuti persekolahan tamat darjah 3. Beliau dengan sukarelanya mengajar aku serta 3 orang lagik pelajar seangkatan dengan aku subjek sains. Beliau risau kerana apabila sesi persekolahan yang baru kami berempat tidak dapat mengikuti pelajaran yang diajar. Beliau menghabiskan masa 2 bulan cuti persekolahan itu mengajar kami berempat subjek sains tanpa sebarang bayaran. Dah la free, buat kt rumah yang beliau duduki bersama guru2 lain, siap buat makanan dan minuman lagi untuk kami.

Bila sesi persekolahan bermula, aku agak kekok ditempatkan dikelas tuh. Maklumlah dengan kawan2 baru yang bukan lagi sebaya dengan aku. Dari empat orang kami hanya tinggal 3. Aku seorang je pompuan. Seorang rakan aku yang perempuan mengikut maknya berpindah. Takkan nk join dengan lagik 2 orang budak lelaki tuh. Beliau sentiasa memantau pergaulan kami bertiga. Beri nasihat agar kami dapat rapat dengan rakan sekelas. Kt kelas beliau selalu mengambil berat terhadap kami bertiga dengan harapan kami faham apa yang diajarnya kerana serba sedikit ajaran beliau pada cuti persekolahan lepas bersangkut paut dengan pelajaran kali itu. Dan Alhamdulillah aku berjaya gak sesuaikan diri dengan kawan2 baru kt kelas tuh dan juga pelajaran yang diajar walaupun aku skip setahun.

Bila habis zaman sekolah, beliau tetap ingat pelajar2nya. pernah aku terserempak dengan beliau kt kedai. Dia siap ingat nama aku.. cakap aku dah makin tinggi. Hoho. Ingat lagi beliau pada aku. Begitu juga pertengahan tahun nih. Ketika tuh aku balik hari jumaat, terjumpa beliau kt Bandar. Bila aku salam beliau, beliau masih dapat mengingati lagik siapa aku walaupun dah 9 tahun aku tinggalkan sekolah rendah itu. Wah betul2 terharu.

Hari ahad, 23hb beliau selamat diijabkabul dengan pasangannya di bukit ramun, kulai. Aku memang bertekad menghadiri majlis perkahwinan beliau. Dan Alhamdulillah tercapai gak hasrat nk pergi. Sementara tunggu beliau dan suaminya bersiap untuk bergambar, aku duduk dibahagian depan. Tertatap banyak cenderahati tertulis nama beliau lebih2 lagik hadiah hari guru. Cenderahati yang aku bagi pun masih ada. Masih elok walaupun dah lama aku bagi. Lagik sekali aku terharu. Beliau betul2 menghargai pemberian dari anak2 muridnya.

Beliau, guru yang betul2 aku respek. Mendambakan dirinya untuk membangunkan anak bangsanya. Seorang yang menjadikkan profession perguruan sebagai laluan untuk beliau mencurahkan segala ilmu untuk manfaat murid2nya. bukan seperti sesetengah guru yang pilih menjadik guru sebab senang keje, keje pagi petang rehat, siap ade cuti sekolah lagik. Itu bukan beliau.

Buat beliau, cikgu Maimon, semoga Allah sentiasa merahmatimu. Segala jasa2mu x terbalas oleh anak muridmu yang nakal ini. Semoga cikgu dan suami bahagia kekal hingga ke akhir hayat.



2 orang tukang karut:

Hajar said...

muahaha...
asek bergamba ngn penganten,
diri sendiri bile lagik? :-"

iN said...

cm hampeh la tuh..
aik..
cm ckp ngan cermin je..
akak tuh bile lagik:-"

 

Blog Template by BloggerCandy.com