Thursday, January 17, 2008

cuti2 Singapura

DiGi welcomes you to Singapore. Call back to Malaysia for only RM1.50/minute.Please dial*111*6#,press


itu adalah msg pertama yang aku dapat selepas melepasi imegresen Singapura. Welkam to singapore.. akhernya dapat gak aku jejakkan kaki ke oversea..selain oversea yang bernama Penang itu..hahak..
perjalanan yang mengambil masa dua jam lebih itu akhirnya selamat sampai ke tanah Singapura pada pukul 10. Selesai melepasi imegresen, kami dibawa melawat The Merlion dimana adanya singa yang memancutkan air dari mulutnya dan kemudian ke Esplanade, dekat je ngan The Merlion tuh. then perjalanan diteruskan dengan berpusing2 di sekitar bandar Singapura. kamudian kami berhenti di sebuah kampung melayu. Kampung Glam yang aku rasakan bukan kampung pun..huhu..kt situ kitaorg shoping la cenderamata nk dibawak balek..kemudian lunch dan solat sekali..

pukul 2 kami bertolak ke Pulau Sentosa. selepas membayar 3 dolar untuk masuk ke Pulau Sentosa, kami menaiki bas yang memang disediakan ke kawasan imbiah or depa panggil Imbiah Lookout. kt situ macam2 permainan boleh main.. antara permainan yang aku sempat cuba dan tempat2 yg telah aku lawati..


Sentosa 4D Magix - pergh..x terkata apa la..seronok melihat wayang 4D..bila kuar muncung pinstol aku rasa pistol tuh betul2 macam nk tembak aku..bila ada lebah terbang, lebah tuh kelihatan kearah aku, dengan sound effect yang diletakkan kt kerusi.. ketam yang seolah2 menggigit kaki.. terkena percikan air apabila jatuh dlm air..pergh..memang seronok.. aku seolah2 merasai bahawa aku yg didalam cerita tuh
Sentosa Luge & Skyride - antara permainan yang pertama di selatan asia. kami menaiki luge cart dan melalui kira2 650m jalan menuruni bukit. memang syiok la..boleh pandu luge tuh..kemudian untuk kembali ke tempat asal, kami menaiki skyride..gerun pun ada sebab gile tinggi..tapi sgt besh..nih antara permainan fev aku..
The Merlion - bukannya The Merlion yang 1st tadik tuh..kali nih singa yang begitu besar yang kami boleh naik ke kepalanya dan melihat pemandangan seluruh Pulau Sentosa. sebelum naik keatas kami ditayangkan dengan replika2 yang berkaitan dengan asal usul singapura. macam dlm gua ..hehe..kemudian kami ditayangkan dengan video asal usul singapura kemudian barulah kami kebahagian atas untuk melihat keseluruhan Pulau Sentosa.
Songs of the Sea - satu persembahan dengn menggunakan lazer dan air..pergh..tidak terkata apa. memang mengagumkan..xde kt Malaysia pun.. nih merupakan persembahan yang aku rasa setiap orang kalau pegi Pulau Sentosa mesti kena tgk..




selain tuh, sempat gak jalan2 tepi pantai naik train yg cm kt Danga Bay tuh.. cuci2 mata tgk minah2 saleh seksi..hahak..ade bikini bar la..ntah ape2..dan yang aku paleng igt sampai skung aku beli coke dengan harga SD 2.70 padahal kalau beli kt Malaysia cuma sehengget tujuh je..dah la duit depa besar. kalau kira2 1 botol coke tuh lebih kurang 5 ringgit duit mesia..huhuk..gile ah..sebab kehabisan air terpaksa la beli..

balik tuh bertolak dr Pulau Sentosa naik train sampai ke tanah besar Singapura iaitu kt Vivo City Mall.xdok beli ape2 pun..jalan2 je..sempat g toilet diaorg yg dry toilet tuh..x bleh idop aku dengan toilet2 kt Singapura tuh.. macam mana la diorang yg Islam boleh biasa dengan keadaan toilet tuh..huhuk..

ape2 pun aku puji sebab negara diaorg memang bersih..kereta takut orang..bukan macam kt Malaysia..orang takut kereta..huhuk..ape2 pun...sangat la beshnya dapat berjalan2 ke oversea .. hahak...




note: maaf sebab lama menyawang..diri ini sangat bz dengan hal2 keduniaan..sampai mau tido pun tarak cukup..hehe...

0 orang tukang karut:

 

Blog Template by BloggerCandy.com