Assalamualaikum...
sejak kawin ni..dan senang cite sejak duduk rumah sendiri (bukan dengan mertua or family) aku seringkali terjaga ketika azan subuh...mungkin juga rumah aku dekat dengan surau dan tingkap rumah yang masih menggunakan tingkap nako..setiap kali waktu azan mesti kedengaran..
tapi kali itu jugaklah aku tengok jam..tarik selimut.dan berkata tidur kejap lagi la..dan bangun lah dihujung2 waktu solat subuh..
hari ni .aku terjaga juga waktu azan subuh..tapi perkara yang sama berlaku..
tadi..sama drive kereta ketempat kerja..aku terfikir...kenapa aku bangun pagi ni..aku bangun kerana aku nak solat subuh ataupun aku bangun sebab takut terlewat ke tempat kerja..dan semestinya jawapan jujur dari aku..aku takut lewat ke tempat kerja..dan boleh solat subuh dihujung waktu asalkan masih ada waktu subuh tu..
cuba bayangkan kalau datang kerja lambat..mesti kena marah dengan bos..sebab tu kita bangun kerja awal supaya tak lambat ke tempat kerja..
tapi..Allah tak tunjukkan lagi kemarahannya kerana aku lewat2kan solat subuh... astagfirullahalazim.. andailah Allah tunjukkan kemarahanNya...mesti aku pun solat diawal waktu..
"Ya Allah...ampunkan diriku yang sering lalai ini"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 orang tukang karut:
Post a Comment